Friday 7 September 2012

Berkawan itu indah

Alhamdulillah. Td mkn nasi kerabu kt open house kwn td. Sdp gle. Fuh. Mmg terbaik la. Ramai gak mmber sekolah lme join skali. Meriah gle. Member lme yg dh lme x jmpa, td jumpa. Mmg x hbs la berborak kteorg. Smpai dkt ngan maghrib bru blk td. Haha. Cmne pun, ak bersyukur sbb walaupun dh lme kteorg x jmpa, masih lagi rpt mcm dlu2. Jumpa lg afan, dini, syuib, taqi, nabil. Selamat belajar semua!!

Ps: ni gmbr ak snap kt mid td. Ferrari kot. Haha


Saturday 1 September 2012

Welkam back.

Assalamualaikum. Dah lame ak x update blog nih. Malas. Haha. Now is going to open house at kajang. Hari raya x hbs lg kn. Slmat hari raya!! Korang dh puasa enam belum? Ganjaran dye kalau korang puasa enam n puasa sebulan di bln ramadhan = puasa setahun. Untg la kpd sape2 yg puasa enam tu. Lps ni ak cba2 la cari msa nk update. Biasa la. Ak msh blaja. Jd masa tu terhad la skit.


Friday 16 December 2011

bodoh terlampau

,smlm.,ak g la wak kuar duit kat mesin atm.,tgh pokai kn.,nk jdkan citer.,ak g la nga dua org kwn ak nih.,jln pya jln.,akhirnye smpai la jugak.,jauh ni.,sampai kt mesin tuh.,ak wak kuar ler kad bank ak.,pe lagi.,ak cucuk kad bank ak kad mesin atm tuh.,dah taip password ap semua,ak pon wat la withdrawal.,haha.,english tu bai.,x main la bahasa nih.,kua2,.mesin tu suruh mskkn jmlh.,ak dgn bgga dpn kwn ak tls.,rm200.,byk tu bai.,bulih wak beli kst ftsal nike idaman gua tuu.gmbr dbwh.,kwn ak kt sblh.,woi kaya sial ko!!hah.,bru ko tahu.,ni ank datuk la wei.,          
                                                                                                

hahah,.dah tkn semua.,done.,tertera kt mesin tuh.,urusniaga anda sdg dproses.,dye tls dlm english laa.,ak tlg translate kn untk korang.,haha.,tetiber.,dye reject kad gua .,wei.,apesal mesin nih.,rosak ke? bangng ar.,kwn ak yg duk sblh ni dah suka2.,dah main perli2 dah.,ak xpuas ati.,ak sumbt kad tu skali lg.,kali nih pakai malay jer.,ak tgh panas nih.,dah mskkn password.,kwn ak ckp.,try ko cek baki.,ak pun cek la.,puih.,hampeh.,korang tau ad bpe? rm10.68., babi.,memang toksah tggu laa.,smpai bile2 x kluar 200 tuh.,

p/s:ak x igt duit ak dlm bank ad bpe.<memang panas telinga ak kne hntm dgn kata2 yg 'sangat menyenangkn ati' dari kwn2 ak>

Sunday 14 August 2011

resipi ayam msk merah,.


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Friday 12 August 2011

ramadhan kareem

skrng nih kte berada dlm bulan yg plg mulia.,jd UU nk cte la skt fadhilat bulan nih.,

1. pada bulan nih.,dbuka semua pntu syurga n dttp segala pintu neraka.,syaitan2 juga diikat

2. dan Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu

3. . Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

4. pada bulan ini terdapat peristiwa nuzul quran

5. terdpt pd bulan nih mlm yg lbh baik dr seribu bulan.,

6. amalan sunat digandakan pahalanya mnjdi sme dgn phla wajib.,n amalan wjb dgandakan phlanya 70 kali ganda.,

ish3.,sungguh hebt bulan ramadhan ini.,so sme2 la kte melakukan ibadah2 sunat dan bykkan membca al-Quran.,semoga kita mndpt rahmat n keredhaan ALLAH

nak kahwin katakan.,


"Seorang anak muda sedang berbincang dengan ibunya dan berterus terang yang dia telah jatuh cinta dan ingin segera berkahwin..

Anak : "Mama.. Saya akan membawa kemari tiga orang gadis cantik dan hendak mama teka yang mana yang akan
menjadi menantu mama.."

Maka pada hari berikutnya dia pun membawa ketiga gadis cantik yang di janjikan itu.. Ketiganya di persilakan duduk di atas sofa sambil berbual.. akhirnya si anak bertanya pada mamanya..
http://rajalawakdewasa.blogspot.com

Anak : "OK.. Mama tekalah siapa yang akan menjadi menantu Mama"

Mama : "Yang berambut perang dan duduk di tengah"

Anak : "Menakjubkan sekali.. pilihan Mama tepat.. bagaimana Mama tahu?"

Mama : "mama paling tidak menyukainya!"

Thursday 11 August 2011

kami berpecah??

DIANGGOTAI tiga anak muda, bakat yang dicungkil daripada program realiti televisyen Raja Lawak dan Maharaja Lawak mengukuhkan nama mereka di arena industri seni.

Kemenangan mereka ketika berentap di gelanggang Maharaja Lawak sudah dijangkakan berdasarkan persembahan mereka yang konsisten setiap kali membuat persembahan.

Mengalahkan Jozan dan Nabil, persembahan menarik dan bersahaja kumpulan Sepah berjaya memikat hati penonton sekali gus membawa gelaran juara pada malam pertandingan akhir Maharaja Lawak.

Selepas kemenangan itu, nama mereka bertiga antara yang sering menjadi sebutan dan semakin hangat di pasaran. Jika pepatah lama mengatakan, ‘habis madu sepah dibuang’ berlainan dengan kumpulan ini yang lepas habis madu, Sepah tidak pernah habis.


Dianggotai Jep, Shuib dan Mamat, mereka kini terpalit dengan kontroversi yang mengatakan Sepah akan membaca haluan masing-masing kerana tekanan yang dihadapi ketika menyertai program Maharaja Lawak.


Mengenai isu perpecahan Sepah yang timbul ketika masing-masing tertekan memikirkan idea untuk dipersembahkan beberapa jam sebelum arena pertandingan Maharaja Lawak bermula, Jep mengakui beban yang mereka pikul ternyata sangat hebat, hingga terfikir untuk membubarkan Sepah.

Jep mengakui perbalahan dan pertelingkahan sering berlaku dalam kumpulan mereka kerana ada kalanya masalah ditimbulkan ahli kumpulan Sepah sendiri dan seolah-olah mereka tidak serius dengan kerja mereka.

“Saya akui, kami sering bertekak dan bertikam lidah kerana masing-masing mempunyai idea sendiri untuk dipersembahkan kepada penonton. Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk kami berpecah.

“Pada dasarnya, kami masih lagi satu kumpulan. Mungkin satu hari nanti kami akan berpecah tapi bukan dalam masa terdekat ini. Kami bergerak mengikut permintaan dan rezeki masing-masing. Sekiranya ada permintaan untuk kami membuat persembahan, kami akan menunaikan permintaan itu.

“Begitu juga jika ada pihak yang mahu seorang daripada kami untuk membuat persembahan, ahli kumpulan yang lain tidak akan menghalang. Itu rezeki masing-masing yang diberikan Allah. Kami tidak ada hak untuk menyekat rezeki sesiapa pun,” katanya ketika ditemui untuk rakaman Gegar Raya Merdeka di Angkasapuri, baru-baru ini.

Sudah pasti ramai peminat dan penyokong Sepah yang tidak mahu mereka berpecah kerana ketiga-tiga mereka sudah mencipta nama menerusi kumpulan Sepah tambahan pula tiga anak muda itu sudah sinonim dengan kumpulan yang memartabatkan mereka di persada seni.

Sepah yang dikatakan bakal membuat persembahan dalam program terbaru Astro Warna, Lawak Minggu Ini menafikan kenyataan berkenaan kerana sehingga ke hari ini pihak Astro belum menghubungi mereka untuk menerangkan program itu.

“Astro langsung tidak memaklumkan kami mengenai program itu, tidak ada hitam putih. Konsep persembahan pun kami tidak tahu.

“Kami hanya dimaklumkan rakan untuk membuat persembahan program itu dan nama Sepah ada dicetak pada banner, tetapi secara peribadi kami tidak akan membuat persembahan kerana sehingga kini kami masih tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai program itu,” kata Mamat menerangkan keadaan.

Apapun, rakaman Gegar Raya Merdeka di Auditorium Perdana, Sabtu lalu persembahan pertama Jep selepas Maharaja Lawak menutup arena pertandingan.

Kata Jep, dia mengalami masalah kesihatan dan berehat di kampung.

Bagaimanapun, Jep enggan mengulas lanjut mengenai penyakit yang dihadapinya dan hanya mengatakan dia baru sembuh daripada penyakit dan berehat di kampung.